waaarghhh...da berapa lama aku tak membebel kt sini..dalam tempoh waktu yang panjang ni.. macam-macam hal berlaku. semuanya melibatkan tingkah laku dan perangai manusia yang bermacam ragam.
yaa..manusia memang dilahirkan dengan bermacam ragam. yang dapat menikmati dan merasai ragam-ragam manusia ini adalah orang-orang sekelilingnya. jika manusia itu berperilaku baik, maka orang-orang sekeliling akan berkata tentang kebaikkan beliau. puji yang menggunung akan diterima beliau.(di mana puji yang berlebihan akan mengakibatkan bendalir kepoyoan akan mengalir dengan deras ke seluruh pelusuk tubuh mangsa yang dipuji jika beliau gagal mengawal aliran deras tersebut). jadinya, kena la bersederhana. dan bagi manusia yang berperilaku jahanam, maka macam haram la gelaran yang paling sesuai akan diberikan oleh orang-orang sekelililngnya.
tapi, kebiasaannya orang yang macam haram ni punya kelebihan-kelebihan tertentu yang boleh menjadikan orang-orang sekeliling tertarik dan berminat untuk berjuang bersama-sama beliau. manusia sebegini akan sentiasa mengatakan diri mereka hebat dalam pelbagai pelusuk dan cabang. persoalannya, perlukah kita menjadikan diri kita seolah-olah begitu hebat sedangkan kualiti dan kuantiti kita tidak setingga mana? dan perlukah kita merendah-rendahkan orang lain?tidakkah beliau sedar bahawa ada orang akan tersinggung dengan kata-kata beliau? ganjaran apa yang beliau dapat sekiranya melakukan perkara-perkara begitu?adakah mata real reward beliau akan bertambah?ataupun maxis dan celcom akan memberi kredit percuma?hurm.. aku pun tak faham kenapa manusia sebegini wujud kat dunia ni. di mana jati diri mereka? di mana sikap toleransi dan rasa hormat mereka?
betul la apa kata che det.. "melayu mudah lupa".. melayu da mula hilang jati diri. melayu da dijajah secara halus. tetapi orang melayu seolah-olah berbangga di atas penjajahan tersebut dan terima dengan hati yang terbuka. melayu semakin hanyut.
Orang melayu akan melenting apabila 'lemah' melayu dibicarakan. sedangkan itu adalah realiti sebenar. aku pun melayu. aku adalah dikalangan melayu yang lemah. tapi aku berusaha untuk memantapkan kemelayuan aku. insyaAllah. aku pun bukan baik mana. banyak sangat kelemehan aku.
0 comments:
Post a Comment