Wednesday, January 28, 2009

filem MAUT..


tahniah kat pengarah filem ini iaitu Bada yang berjaya membuatkan aku tersentak dan berfikir tentang hidup dan mati. sedang ramai pengarah filem tanahair berlumba-lumba untuk memvisualkan realiti sebenar tentang kehidupan remaja terutamanya anak-anak melayu, bada pula memaparkannya dari konteks yang berlainan. ini lah yang dikatakan sebagai kematangan dalam berkarya. bada bukan sahaja menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengarah filem malah sebagai seorang muslim.

filem ini mengingatkan kita kepada kematian yang kita sendiri tidak tahu bila akan terjadi. namun ada segelintar umat yang dapat mengetahui tentang ajalnya yang akan tiba. itu kuasa Allah s.w.t.

filem ini mengandungi 3 cerita berlainan yang tidak mempunyai kaitan langsung diantara satu sama lain. cerita pertama yang berlaku di bulan syaaban, mengisahkan tentang roh seoran gadis yang tidak tenteram meminta tolong agar jasadnya disemadikan dengan sempurna. menurut laporan polis, gadis tersebut telah dirogol sebelum dibunuh dan kemudiannya dicampakkan ke tanah perkuburan kristian.

cerita ke-2 pula berlaku pada bulan ramadhan. mengisahkan tentang seorang pramugari yang telah jauh sesat dari agamanya iaitu islam. beliau telah diberikan mati sementara(koma). pada ketika sedang koma, beliau telah mengalami mimpi diseksa dengan seksaan yang amat dasyat. rambutnya telah dibakar dan mukanya hangus dijilat api. beliau dipatuk oleh ular besar dan kala jengking yang besar. selepas sedar dari mimpi, beliau mula insaf.

cerita ke-3 berlaku pada bulan syawal. kisah tentang seorang pengikut black metal yang membelakangkan agama. beliau mati di dalam keadaan dirinya telah jauh dari islam. namun punca beliau jadi sebegitu adalah disebabkan oleh ibu bapanya sendiri yang tidak membenarkan beliau sembahyang ketika beliau masih kecil. pelbagai kesulitan dialami ketika menguruskan jenazah beliau seperti ensober van jenazah patah, hujan ribut dan liang lahad yang dipenuhi air.

secara keseluruhan, filem ini berjaya menyampaikan niat pengarah yang ikhlas iaitu untuk menyedarkan umat. aspek lain di dalam filem ini tidak penting melainkan content yang sangat bernilai dan matang.

#aku tersenyum sendiri teringatkan audien yang duduk belakang aku. masa filem ni baru start, terdengar suara sinis dari mereka, "filem ni malap la"..tapi bila dah di pertengahan filem, mereka terus senyap dan tak terkata apa lagi.. =)


2 comments:

anuar sugarcanetebu said...

huhuh
aku tengok filem ini atas tuntutan subjek kritikan skrin...
aku kritik filem ni(jgn sangka klu kritik itu pasti berbaur negatif)..
aku dapati filem ini dari segi cinematografi sgt menarik..
tp klu cerita ia kurang la...
tp mesej tak aku nafikan jelas..
tp jln cerita jela...

Najib Ramli said...

ooo...kalo bkn krane subjek ko xtgk la..byk cantek muke ko...

Post a Comment