Monday, April 20, 2009

tenang.....

::tasik titiwangsa, KL::

tenang hati aku..setenang gambar kat atas ni. walaupun masih ada rasa kehangatan..tapi aku tenang bila berada kat rumah aku/kampung. haha..ayat tak boleh blah...tapi tu la kenyataannya..aku rasa sangat tenang kat sini..dapat tengok wajah orang tua aku..adik beradik aku..rasa macam hilang semua masalah.

lama jugak aku tak balik kampung ni. semester ni membuatkan aku tak punya ruang untuk balik kampung. tak macam masa aku berada di semester 1 & 2..sangat kerap aku balik. aku balik takde niat lain pun.juz nak jumpa family aku. aku tak peduli apa orang cakap. aku nak balik jugak. ada yang cakap aku anak emak la, manja la, tak boleh jauh dengan mak la...ada lagi teruk cakap aku balik nak jumpa awek. pe kes???..takde makna la..family aku lagi bermakna dari semua tu. pada aku, selagi aku punya ruang masa dan peluang, aku akan balik, jenguk family aku..mana la tau satu hari nanti..aku da takde peluang lagi nak buat macam tu..susah jugak kan? selagi berpeluang..buatlah apa yang sepatutnya..

mak bapak aku pun da makin lanjut usia..aku tak boleh la nak tulis pasal mak bapak ni..aku sedih..air mata pun da bergenang ni..huhu..

ni lagu untuk ayah dengan mak.. =)

Setiap titis airmata
Setiap saat nan duka
Mengajar aku erti dunia

Tak ku lupa
Pengorbanan kehidupan
Memikul beban di bahu nan selalu
Memberikan yang termampu

Ayahku
Terlalu menyayangi aku
Mendedikasikan hidupnya kepadaku
Dan ibu
Sentiasa ada bersama
Walau serendah mana aku
Dia tetap menjunjung namaku

Biar kubelai tanganmu
Yang tlah di telan usia
Namun penuh berjasa mulia

Terlalu lama ingin kuluahkan rasa
Kesyukuran ku di hati
Pada dua insan paling kusayangi

Biar kuhilang segalanya
Harta, benda ataupun nyawa
Asal tak ku hilang kau berdua

Dan aku berdoa
Semoga sejahtera slamanya
Hidup kita sekeluarga
Di dunia dan selepasnya.

Penjunjung Namaku
by KRU

habis sudah semester ni.....

haha...semester yang penuh dengan warna warni, terang gelap, dan macam-macam lagi.. aku macam tak percaya aku dapat lalui semester ni dengan sempurna (sempurna ke?huhu...). hanya tuhan yang tahu..hehe.. tapi, hidup kena tenang..barulah masalah senang diuruskan.

1st sekali aku kena mengadap subjek PENERBITAN FILEM IKLAN. sangat mencabar jugak sebab ahli produksi aku terdiri daripada gadis-gadis yang........hehehe... kerisauan aku bukan semasa pre-pro tapi masa production nanti. 3 idea awal aku diterima mudah oleh Mr Max. kapal terbang kertas(TM), 3 budak(PTPTN) dan melompat lebih tinggi (Asadi). dia sendiri suruh pilih mana 1 yang kami betul-betul nak buat. so kami sekumpulan sepakat memilih kapal terbang kertas sebab unik sikit.hehe..ada 6 cerita dalam satu iklan yang berdurasi 30 saat tu..haa..aku sahut cabaran ni n aku percaya aku boleh buat dibantu dengan ahli kumpulan aku.lain sebab yang buat aku pilih tajuk ni adalah kerana kebiasaannya pelajar-pelajar semester yang lepas dan juga yang sama batch dengan aku akan buat iklan mengenai produk. so ada baik rasanya kalau aku cuba buat iklan mengenai servis pulak. baru ada kelainan.hehe...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. berbaloi dengan kesusahan dan kesukaran yang kami terima. thanx bebanyak kat FARIS, NUAR, KAK KAY, MALTI dan KEROL.

lepas tu, masalah yang menghimpit aku adalah pencarian penyelia Thesis dan pengesahan tajuk Thesis aku. sangat susah woo..berapa kali tajuk aku kena reject..sangat sedih..penyelia pun susah nak cari. berkat kesabaran aku, akhirnya aku dapat jugak penyelia dan tajuk aku telah di approve. hehe..

lepas jek setel iklan, aku kena ngadap pulak PROMOSI FILEM di bawah subjek PEMENTASAN BLACK BOX. Sangat memenatkan jugak subjek ni. bukan fizikal sahaja, mental pun jugak. aku kena merekabentuk atau pun men'design'kan setiap apa-apa yang berkaitan dengan promosi dari POSTER, BANNER, BUNTING, TSHIRT n macam-macam lagi. sem ni aku rasa sangat kerap aku ke kampus induk. semuanya kerana mempromosikan PROMOSI FILEM ni. seronok jugak sebenarnya.hehe..

da siap PROMOSI FILEM, kena fokus kat BENGKEL FILEM PENDEK pulak. huhu..tekanan jugak sebenarnya sebab aku sekali lagi kena design-mendesign. tapi..Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar walaupun tajuk bengkel ni adalah tajuk yang kedua selepas tajuk yang pertama iaitu BENGKEL SINEMATOGRAFI tidak dapat diteruskan atas sebab kekurangan equipment. tapi da setel da. BENGKEL FILEM PENDEK berjaya dianjurkan tanpa sebarang masalah.

FINAL PRESENTATION utk subjek ETR atau entrepreneurship. aku bukan paham sangat masa proses pembelajaran dalam kelas sebab bahasa perantaraan adalah BAHASA INGGERIS. rasa macam berada diawangan setiap kali menduduki kelas ni.huhu..tapi da lepas da..boleh jugak aku bertutur dengan BAHASA INGGERIS..hehe..sebab tu PPMSI sangat penting. Aku sokong PPMSI 100%..yeahhh...

HARI SKRIN pula menjelang tiba. yang ni bukanlah berat sangat bagi aku sebab tak banyak keja sangat. sebabnya aku cuma balaci jek dalam jawatankuasa projek ni. tapi bukan aku tak buat kerja langsung. adalah sekali dua aku pegi kampus induk untuk uruskan pasal fasiliti dan kenderaan.

seterusnya adalah ANIMASI dan yang terakhir.taknak cakap banyak sebab aku malu dengan diri aku sendiri dan lecturer.huhu.. tapi final projek aku siap dengan sempurna. aku seorang jek yang buat 3D. susah jugak. aku ingatkan boleh senangkan aku tapi....huhu...

sekarang ni aku kat kampung..tenangkan fikiran...aman..