Wednesday, January 28, 2009

filem MAUT..


tahniah kat pengarah filem ini iaitu Bada yang berjaya membuatkan aku tersentak dan berfikir tentang hidup dan mati. sedang ramai pengarah filem tanahair berlumba-lumba untuk memvisualkan realiti sebenar tentang kehidupan remaja terutamanya anak-anak melayu, bada pula memaparkannya dari konteks yang berlainan. ini lah yang dikatakan sebagai kematangan dalam berkarya. bada bukan sahaja menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengarah filem malah sebagai seorang muslim.

filem ini mengingatkan kita kepada kematian yang kita sendiri tidak tahu bila akan terjadi. namun ada segelintar umat yang dapat mengetahui tentang ajalnya yang akan tiba. itu kuasa Allah s.w.t.

filem ini mengandungi 3 cerita berlainan yang tidak mempunyai kaitan langsung diantara satu sama lain. cerita pertama yang berlaku di bulan syaaban, mengisahkan tentang roh seoran gadis yang tidak tenteram meminta tolong agar jasadnya disemadikan dengan sempurna. menurut laporan polis, gadis tersebut telah dirogol sebelum dibunuh dan kemudiannya dicampakkan ke tanah perkuburan kristian.

cerita ke-2 pula berlaku pada bulan ramadhan. mengisahkan tentang seorang pramugari yang telah jauh sesat dari agamanya iaitu islam. beliau telah diberikan mati sementara(koma). pada ketika sedang koma, beliau telah mengalami mimpi diseksa dengan seksaan yang amat dasyat. rambutnya telah dibakar dan mukanya hangus dijilat api. beliau dipatuk oleh ular besar dan kala jengking yang besar. selepas sedar dari mimpi, beliau mula insaf.

cerita ke-3 berlaku pada bulan syawal. kisah tentang seorang pengikut black metal yang membelakangkan agama. beliau mati di dalam keadaan dirinya telah jauh dari islam. namun punca beliau jadi sebegitu adalah disebabkan oleh ibu bapanya sendiri yang tidak membenarkan beliau sembahyang ketika beliau masih kecil. pelbagai kesulitan dialami ketika menguruskan jenazah beliau seperti ensober van jenazah patah, hujan ribut dan liang lahad yang dipenuhi air.

secara keseluruhan, filem ini berjaya menyampaikan niat pengarah yang ikhlas iaitu untuk menyedarkan umat. aspek lain di dalam filem ini tidak penting melainkan content yang sangat bernilai dan matang.

#aku tersenyum sendiri teringatkan audien yang duduk belakang aku. masa filem ni baru start, terdengar suara sinis dari mereka, "filem ni malap la"..tapi bila dah di pertengahan filem, mereka terus senyap dan tak terkata apa lagi.. =)


aku masih di takuk lama..

realiti sebenar tentang aku..

1. suka buat sumthing sekerat jalan..
2. idea ada tapi malas..
3. lembab..
4. banyak main dari kerja..
5. buat kerja last minit..
6. ada kepandaian tentang sesuatu perkara tapi tak nak gunakan..
7. susah nak fokus kalau buat kerja..

kalau lah aku dapat buang semua tabiat dan perilaku macam senarai di atas...agak-agak sekarang ni macam mana rupa hidup aku?

Sunday, January 25, 2009

5 PSC 1...


gambar masa gathering 5 PSC 1 pada 2003. sekarang da 2009. dah 6 tahun berlalu. masing-masing dah ada haluan sendiri.tapi yang aku tau, separuhnya yang ada dalam gambar ni still study lg termasuk aku.

pagi tadi, sedang asyik aku mengelamun sambil menunggu bus SE Super yang tak reti nak sampai awal, tiba-tiba aku di datangi oleh sebuah panggilan misteri. definisi misteri di dalam konteks aku pada ketika itu adalah call dari no yang tiada dalam simpanan aku. aku pun memberanikan diri untuk mengangkat panggilan tersebut. ayat yang pertama kedengaran adalah 'kau sombong eh, buat-buat tak nampak aku'..aku bingung jap..aku toleh kiri kanan..nun di hujung kaunter kelihatan seseorang yang menyerupai classmate aku 5 PSC 1..zila...zila ke tu? memang zila pun..huhu..

lama aku tak jumpa dia..dia pun study kt uitm juga. aku tahu pasal tu cuma aku belum diberi peluang untuk berjumpa. zila still macam dulu lagi. tak berubah sangat cuma bergaya sikit kot. yela..da dewasa.hehe..yang paling penting, dia still ingat aku. baguslah..tak lupa kawan even da berapa tahun tak jumpa. kami berborak sebentar. topik perbualan aku dan dia berkisar tentang rakan-rakan seperjuangan dan study.

tak lama lepas tu, bas aku pun sampai..perbualan kami mati kat situ..ntah bila dapat jumpa lagi even kami study kat tempat yang sama..huhu..

#zila berada di posisi kanan belakang..


balik kampung..


esok pagi..seawal jam 7pg, aku akan bergerak meninggalkan puncak. waktu bergerak bus aku ke batu pahat yang tertera di tiket adalah 10.30pg. harap-harap tak ada apa-apa yang mengganggu perjalanan aku.


#ntah pape aku melalut nih??huhu


Tuesday, January 20, 2009

bengkel sinematografi...




apa macam?berminat?

last minute production

huhu..aku pun tak tau kenapa idea aku selalu hadir pada waktu-waktu terakhir.

bukannya aku tak pernah cuba untuk membuat kerja awal tapi bila sahaja aku mengorak langkah untuk memulakan dan melakukan kerja tersebut, aku jadi blur. huhu..kenapa ek?? persoalan yang sukar untuk dijawab oleh sesiapa sahaja kerana jawapannya hanya ada pada yang empunya tubuh sendiri. mungkin juga sebab penyakit 'M' yang biasa menyerang dan menular mentaliti student-student kat malaysia ni. mungkin juga andaian tu betul tapi penyakit 'M' aku tak la kronik sangat sebab aku still lagi tak penah ponteng kelas. aku pun jarang tidur di siang hari. mungkin aku perlukan sesuatu sebagai 'tonik' tenaga aku. tapi kat mana agaknya aku nak dapatkan 'tonik' tu?

aku perlukan 'tonik' tu untuk menyedarkan dan menyembuhkan aku dari serangan penyakit 'M' ni. aku tak nak 'tonik' yang memudaratkan aku.

Monday, January 19, 2009

terSEPI


waaarghhh...da berapa lama aku tak membebel kt sini..dalam tempoh waktu yang panjang ni.. macam-macam hal berlaku. semuanya melibatkan tingkah laku dan perangai manusia yang bermacam ragam.

yaa..manusia memang dilahirkan dengan bermacam ragam. yang dapat menikmati dan merasai ragam-ragam manusia ini adalah orang-orang sekelilingnya. jika manusia itu berperilaku baik, maka orang-orang sekeliling akan berkata tentang kebaikkan beliau. puji yang menggunung akan diterima beliau.(di mana puji yang berlebihan akan mengakibatkan bendalir kepoyoan akan mengalir dengan deras ke seluruh pelusuk tubuh mangsa yang dipuji jika beliau gagal mengawal aliran deras tersebut). jadinya, kena la bersederhana. dan bagi manusia yang berperilaku jahanam, maka macam haram la gelaran yang paling sesuai akan diberikan oleh orang-orang sekelililngnya.

tapi, kebiasaannya orang yang macam haram ni punya kelebihan-kelebihan tertentu yang boleh menjadikan orang-orang sekeliling tertarik dan berminat untuk berjuang bersama-sama beliau. manusia sebegini akan sentiasa mengatakan diri mereka hebat dalam pelbagai pelusuk dan cabang. persoalannya, perlukah kita menjadikan diri kita seolah-olah begitu hebat sedangkan kualiti dan kuantiti kita tidak setingga mana? dan perlukah kita merendah-rendahkan orang lain?tidakkah beliau sedar bahawa ada orang akan tersinggung dengan kata-kata beliau? ganjaran apa yang beliau dapat sekiranya melakukan perkara-perkara begitu?adakah mata real reward beliau akan bertambah?ataupun maxis dan celcom akan memberi kredit percuma?hurm.. aku pun tak faham kenapa manusia sebegini wujud kat dunia ni. di mana jati diri mereka? di mana sikap toleransi dan rasa hormat mereka?

betul la apa kata che det.. "melayu mudah lupa".. melayu da mula hilang jati diri. melayu da dijajah secara halus. tetapi orang melayu seolah-olah berbangga di atas penjajahan tersebut dan terima dengan hati yang terbuka. melayu semakin hanyut.

Orang melayu akan melenting apabila 'lemah' melayu dibicarakan. sedangkan itu adalah realiti sebenar. aku pun melayu. aku adalah dikalangan melayu yang lemah. tapi aku berusaha untuk memantapkan kemelayuan aku. insyaAllah. aku pun bukan baik mana. banyak sangat kelemehan aku.