Thursday, February 19, 2009

trailer talentine...Mesti tengok!!!



(sorri..ade prob sket kt sound)

1 comments:

ruhi_hayat said...

saya sudah menonton filem yasmin ini di pulau pinang...jujurnya saya katakan bahawa filem ini tiada banyak bezanya dengan karya filem yasmin yang terdahulu...masih lagi menggunakan tema "cinta" yang dilihat lain dr yg lain bagi masyarakat mainstream...macam biasa...percintaan bukan bangsa sejenis...itulah antara modal utama yasmin....kalau dalam SEPET, cintanya antara anak melayu dan anak cina tetapi dalam talentime ini cintanya antara anak melayu dengan anak india yang bisu...namun bagi melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza, maka mereka akan mendapat sesuatu yang baru dalam setiap filem arahan yasmin..tidak hanya berkisar pada kisah cinta biasa yang cuba dimanipulasi menjadi kisah cinta yang luar biasa...apa yang pasti..yasmin seorang pengkarya yang jujur dan realis dalam setiap karya yang dihasilkannya...satu perkara penting yang kalian akan dapat dalam filem yasmin adalah bahawa pelaku-pelaku dalam filem itu sebenarnya mewakili jiwa, hati, emosi, pemikiran, perasaan yang sudah diperam lama oleh masyarakat majmuk di malaysia iaitu yang terdiri melayu, india dan cina...bagi sesiapa yang mahu belajar budaya masyarakat melaysia yang majmuk ini, filem yasmin adalah tempatnya walaupun sepatutnya mengenali budaya masyarakat malaysia tidak perlu lagi dicanang-canangkan kerana negara ini sudah lebih 50 tahun merdeka dan seharusnya setiap kepala masyarakat Malaysia sudah arif tentang budaya masyarakatnya...

Post a Comment