Thursday, January 7, 2010

Pertunangan Siti Hajar & Hazrul Hisham


gambar seterusnya akan di upload dalam masa terdekat...



Monday, November 9, 2009

LIBAS...


sebuah dokumentari arahan Linda Ajis...aku??balaci jek....

Thursday, November 5, 2009

pagi yang sejuk..

::pantai minyak beku, batu pahat::

tersedar dari tidur..tengok-tengok laptop terbukak..aku lupa nak shut down..kesian laptop aku nih..sebagai balasan aku membiarkannya keseorangan..aku terus klik pada ikon pes2009 (adalah sejenis game yang tak berfaedah).. sejurus selepas itu, tiba-tiba rasa nak membebel..hehe..

selamat pagi dunia...

Tuesday, November 3, 2009

aku di framekn oleh aku??

tak de pape yang special pun yang boleh diolah dari gambar di atas..cuma ianya wujud hasil daripada idea dan pemikiran aku yg bengong dan sewel..yang datang secara tiba-tiba tanpa diundang oleh sebarang kad jemputan ataupun pelawaan dari diri aku sendiri..haha.. secara jujurnya teknik dan pendekatan seperti ini sering digunakan oleh golongan muda mudi yang galak memvisual imej diri sendiri kerana ketiadaan insan yang sudi memvisual imej mereka..dan aku baru mencubanya pada saat gambar diatas diambil..aku tak cakap ianya adalah salah..dan tak pula aku bersetuju ianya 100% betul..mungkin ada kena mengena dengan aku jugak..haha..

dan sesungguhnya aku tiba-tiba rasa nak membebel sebentar tadi..di sebabkan itulah entri ini muncul tanpa disangka-sangka..bukan nak mencapapkan diri tetapi hanya nak menghilangkan rasa bosan yang boleh membantutkan kelancaran kepala otak aku untuk berfikir secara waras.. bangkitlah wahai aku...

hehe..peace..

aku adalah aku...

aku adalah aku..
tak siapa boleh jadi aku..
walaupun kadang-kadang aku jadi bukan aku..
aku tetap aku..
itu yang mak aku cakap tentang aku..
apa yang dibuat oleh aku..
apa yang dilihat oleh aku ..
aku tetap menjadi aku..
kekurangan aku..
kelebihan aku..
sedih aku..
gembira aku..
menjadikan aku seorang aku..
cuba cakap dengan aku..
siapa yang boleh jadi aku???..
tak siapa boleh jadi aku..
hati aku..
sayang aku..
kisah aku..
pengalaman aku..
mengajarkan aku menjadi aku..
siapa pun aku..
aku tetap aku..
semengong mana aku..
sejahat mana aku..
seburuk mana aku..
aku tetap aku..
tak kisahlah macam mana rupa pun aku..
aku tetap aku...
siapa aku??

aku adalah.......

t.o.d.a.x.x


p/s: lame aku senyap..ni la jadinye..huhu...sori2...

Thursday, June 25, 2009

tenanglah sangat....

hampir 2 bulan diri ini di transform dari seorang student kepada seorang yang pekerja.. apa yang aku dapat? banyak jugak yang aku dapat...yang paling penting & berharga ialah aku dapat kenal dan tau pelbagai ragam dan perangai 'manusia'..akan aku gunakan pengalaman ni selagi aku masih hidup..

Monday, April 20, 2009

tenang.....

::tasik titiwangsa, KL::

tenang hati aku..setenang gambar kat atas ni. walaupun masih ada rasa kehangatan..tapi aku tenang bila berada kat rumah aku/kampung. haha..ayat tak boleh blah...tapi tu la kenyataannya..aku rasa sangat tenang kat sini..dapat tengok wajah orang tua aku..adik beradik aku..rasa macam hilang semua masalah.

lama jugak aku tak balik kampung ni. semester ni membuatkan aku tak punya ruang untuk balik kampung. tak macam masa aku berada di semester 1 & 2..sangat kerap aku balik. aku balik takde niat lain pun.juz nak jumpa family aku. aku tak peduli apa orang cakap. aku nak balik jugak. ada yang cakap aku anak emak la, manja la, tak boleh jauh dengan mak la...ada lagi teruk cakap aku balik nak jumpa awek. pe kes???..takde makna la..family aku lagi bermakna dari semua tu. pada aku, selagi aku punya ruang masa dan peluang, aku akan balik, jenguk family aku..mana la tau satu hari nanti..aku da takde peluang lagi nak buat macam tu..susah jugak kan? selagi berpeluang..buatlah apa yang sepatutnya..

mak bapak aku pun da makin lanjut usia..aku tak boleh la nak tulis pasal mak bapak ni..aku sedih..air mata pun da bergenang ni..huhu..

ni lagu untuk ayah dengan mak.. =)

Setiap titis airmata
Setiap saat nan duka
Mengajar aku erti dunia

Tak ku lupa
Pengorbanan kehidupan
Memikul beban di bahu nan selalu
Memberikan yang termampu

Ayahku
Terlalu menyayangi aku
Mendedikasikan hidupnya kepadaku
Dan ibu
Sentiasa ada bersama
Walau serendah mana aku
Dia tetap menjunjung namaku

Biar kubelai tanganmu
Yang tlah di telan usia
Namun penuh berjasa mulia

Terlalu lama ingin kuluahkan rasa
Kesyukuran ku di hati
Pada dua insan paling kusayangi

Biar kuhilang segalanya
Harta, benda ataupun nyawa
Asal tak ku hilang kau berdua

Dan aku berdoa
Semoga sejahtera slamanya
Hidup kita sekeluarga
Di dunia dan selepasnya.

Penjunjung Namaku
by KRU

habis sudah semester ni.....

haha...semester yang penuh dengan warna warni, terang gelap, dan macam-macam lagi.. aku macam tak percaya aku dapat lalui semester ni dengan sempurna (sempurna ke?huhu...). hanya tuhan yang tahu..hehe.. tapi, hidup kena tenang..barulah masalah senang diuruskan.

1st sekali aku kena mengadap subjek PENERBITAN FILEM IKLAN. sangat mencabar jugak sebab ahli produksi aku terdiri daripada gadis-gadis yang........hehehe... kerisauan aku bukan semasa pre-pro tapi masa production nanti. 3 idea awal aku diterima mudah oleh Mr Max. kapal terbang kertas(TM), 3 budak(PTPTN) dan melompat lebih tinggi (Asadi). dia sendiri suruh pilih mana 1 yang kami betul-betul nak buat. so kami sekumpulan sepakat memilih kapal terbang kertas sebab unik sikit.hehe..ada 6 cerita dalam satu iklan yang berdurasi 30 saat tu..haa..aku sahut cabaran ni n aku percaya aku boleh buat dibantu dengan ahli kumpulan aku.lain sebab yang buat aku pilih tajuk ni adalah kerana kebiasaannya pelajar-pelajar semester yang lepas dan juga yang sama batch dengan aku akan buat iklan mengenai produk. so ada baik rasanya kalau aku cuba buat iklan mengenai servis pulak. baru ada kelainan.hehe...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. berbaloi dengan kesusahan dan kesukaran yang kami terima. thanx bebanyak kat FARIS, NUAR, KAK KAY, MALTI dan KEROL.

lepas tu, masalah yang menghimpit aku adalah pencarian penyelia Thesis dan pengesahan tajuk Thesis aku. sangat susah woo..berapa kali tajuk aku kena reject..sangat sedih..penyelia pun susah nak cari. berkat kesabaran aku, akhirnya aku dapat jugak penyelia dan tajuk aku telah di approve. hehe..

lepas jek setel iklan, aku kena ngadap pulak PROMOSI FILEM di bawah subjek PEMENTASAN BLACK BOX. Sangat memenatkan jugak subjek ni. bukan fizikal sahaja, mental pun jugak. aku kena merekabentuk atau pun men'design'kan setiap apa-apa yang berkaitan dengan promosi dari POSTER, BANNER, BUNTING, TSHIRT n macam-macam lagi. sem ni aku rasa sangat kerap aku ke kampus induk. semuanya kerana mempromosikan PROMOSI FILEM ni. seronok jugak sebenarnya.hehe..

da siap PROMOSI FILEM, kena fokus kat BENGKEL FILEM PENDEK pulak. huhu..tekanan jugak sebenarnya sebab aku sekali lagi kena design-mendesign. tapi..Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar walaupun tajuk bengkel ni adalah tajuk yang kedua selepas tajuk yang pertama iaitu BENGKEL SINEMATOGRAFI tidak dapat diteruskan atas sebab kekurangan equipment. tapi da setel da. BENGKEL FILEM PENDEK berjaya dianjurkan tanpa sebarang masalah.

FINAL PRESENTATION utk subjek ETR atau entrepreneurship. aku bukan paham sangat masa proses pembelajaran dalam kelas sebab bahasa perantaraan adalah BAHASA INGGERIS. rasa macam berada diawangan setiap kali menduduki kelas ni.huhu..tapi da lepas da..boleh jugak aku bertutur dengan BAHASA INGGERIS..hehe..sebab tu PPMSI sangat penting. Aku sokong PPMSI 100%..yeahhh...

HARI SKRIN pula menjelang tiba. yang ni bukanlah berat sangat bagi aku sebab tak banyak keja sangat. sebabnya aku cuma balaci jek dalam jawatankuasa projek ni. tapi bukan aku tak buat kerja langsung. adalah sekali dua aku pegi kampus induk untuk uruskan pasal fasiliti dan kenderaan.

seterusnya adalah ANIMASI dan yang terakhir.taknak cakap banyak sebab aku malu dengan diri aku sendiri dan lecturer.huhu.. tapi final projek aku siap dengan sempurna. aku seorang jek yang buat 3D. susah jugak. aku ingatkan boleh senangkan aku tapi....huhu...

sekarang ni aku kat kampung..tenangkan fikiran...aman..


Thursday, March 26, 2009

Bengkel Filem Pendek...[UPDATE]


Tarikh : 29 Mac 2009
Masa : 8 pagi-5 petang
Lokasi : Studio Pancha Delima, UiTM Puncak Perdana

Fasilitator:


Hassan Abd. Muthalib
Pengarah, Penulis, Animator, Karyawan Tamu Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, UiTM.

2009: Taiko (Cerita Asal)
1998: Silat Lagenda (Pengarah, Cerita Asal, Pereka Produksi)


Khairil M. Bahar
Pengarah, Penulis, Penerbit dan Penyunting Filem

2008 : London Calling-Skrip
Ghost-Skrip
Ampang Medikal-Pengarah
2007 : Dark City-Pengarah(Drama Bersiri)
2006 : Ciplak-Pengarah, Skrip
2005 : Some Like It White
Nicotine-Pengarah, Skrip & Penyunting

Akashdeep Singh
Pengarah, Penulis Skrip & Penyunting Filem

2008 : Histeria (Penyunting)
2007 : Pintu (Pengarah)
2006 : Cinta (Penyunting)

Anugerah:
Penyunting Terbaik (Cinta) - FFM-20
Filem Pendek Terbaik (Pintu) - FFM-20



Anjuran: Mereka-mereka di bawah ni...



Fotografi oleh: Byxura
Edit: Ezam

Sunday, March 8, 2009

bukan nombor satu....


Bukan aku hendak mengata tapi sudah nyata..
semakin bermaharajalela, semakin berleluasa..

Satu demi satu bangsa ku menjadi layu..
gugur dimedan perang ciptaan saudara-saudaraku..
bagaimana hendakku jelaskan pada generasi baru..
dunia maju tapi bukan kita nombor satu..
dunia serba canggih tapi kita masih menagih..
dunia pesat membangun tapi kita masih mengalamun..
salah siapa..
lain makan nangka lain kena getah..
lain jadi cerita, lain jadi mangsa..
kerana nila setitik rosak semua susu sebelanga..

(samseng, ahli fikir)

#aku malas nak membebel sebenarnya..tapi cuba renung-renungkan bait-bait lirik di atas...

Saturday, February 28, 2009

aku blur..

.::pantai minyak beku, batu pahat::.

.::si kuning::.

.::tasik puncak perdana::.

.::pangkor::.

.::penyabung, mersing::.

haha..disebabkan aku tak tahu nak bebel apa..maka gambar ini sajalah yang akan membebel untuk aku..haha..adeh..blur..blur...

Thursday, February 19, 2009

trailer talentine...Mesti tengok!!!



(sorri..ade prob sket kt sound)

Sunday, February 15, 2009

malam PROMOSI FILEM UiTM...


klik pada gambar untuk besarkan....

(aku akan uploadkan trailer berkenaan filem ini..tunggu ya..)


Saturday, February 14, 2009

kapal terbang kertas 2...

petang tadi semasa present final online projek ni kat En Max..jantung aku dup dap dup dap tak tentu pasal. durasi 30 saat komersial ni aku rasakan seolah-olah terlalu panjang. En Max menonton tanpa berkata apa-apa. penuh ketelitian beliau menonton. mungkin segenap ceruk lubang dan lurah diperhatikanya..selepas 30 saat itu berlalu..En Max masih diam..aku da tak tentu hala..aku menunggu dengan penuh kesabaran kata-kata yang akan keluar dari mulutnya..aku rasakan seperti jantung aku akan gugur.

"OK"...itulah dua patah perkataan yang keluar dari mulut beliau selepas beberapa saat aku menunggu. aku seperti mahu menjerit dan melompat di situ juga. darah kepuasan aku mengalir deras dalam tubuh. bulu roma aku secara tiba-tiba mencacak tandanya aku tersangat terharu.huhu..tapi ini baru sahaja kata-kata awal beliau. masih ada satu hari yang paling di nanti-nanti iaitu hari final presentation. aku harap kata-kata beliau pada petang tadi adalah kredit untuk aku bawa kepada final presentation.


Friday, February 13, 2009

di manakah titik penghujung pencarian aku...


entri yang hanya akan difahami oleh kalangan manusia yang memahami dan merasai...

3 kali tajuk aku di reject..huhu..aku ni bodoh sgt ke sampai jadi macam tu..ye kot.. kalau aku tak bodoh..tak ada maknanya aku di perlakukan sebegitu.huu...aku rasa cam da down giler..tulun....

Sunday, February 8, 2009

kapal terbang kertas..

wahaha...lega aku bila shooting untuk subjek 'PENERBITAN FILEM IKLAN' berjaya di settelkn dgn sempurna. terima kasih kepada semua krew-krew yg terlibat ARIEY, ADAM, ANA, LINDA & NAD. thanx jgk kepada krew-krew tambahan FARIZ M.U ADDICT, ANUAR LANC, KEYROL, K.KAY & MALTI mak buyung. thanx sesangat sebab bersabar melayan kerenah aku yang cerewet ni.huhu.. tanpa korang semua, apa lah sangat tv komersial ni.

#(nanti aku sambung lagi..hehe)

Wednesday, January 28, 2009

filem MAUT..


tahniah kat pengarah filem ini iaitu Bada yang berjaya membuatkan aku tersentak dan berfikir tentang hidup dan mati. sedang ramai pengarah filem tanahair berlumba-lumba untuk memvisualkan realiti sebenar tentang kehidupan remaja terutamanya anak-anak melayu, bada pula memaparkannya dari konteks yang berlainan. ini lah yang dikatakan sebagai kematangan dalam berkarya. bada bukan sahaja menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengarah filem malah sebagai seorang muslim.

filem ini mengingatkan kita kepada kematian yang kita sendiri tidak tahu bila akan terjadi. namun ada segelintar umat yang dapat mengetahui tentang ajalnya yang akan tiba. itu kuasa Allah s.w.t.

filem ini mengandungi 3 cerita berlainan yang tidak mempunyai kaitan langsung diantara satu sama lain. cerita pertama yang berlaku di bulan syaaban, mengisahkan tentang roh seoran gadis yang tidak tenteram meminta tolong agar jasadnya disemadikan dengan sempurna. menurut laporan polis, gadis tersebut telah dirogol sebelum dibunuh dan kemudiannya dicampakkan ke tanah perkuburan kristian.

cerita ke-2 pula berlaku pada bulan ramadhan. mengisahkan tentang seorang pramugari yang telah jauh sesat dari agamanya iaitu islam. beliau telah diberikan mati sementara(koma). pada ketika sedang koma, beliau telah mengalami mimpi diseksa dengan seksaan yang amat dasyat. rambutnya telah dibakar dan mukanya hangus dijilat api. beliau dipatuk oleh ular besar dan kala jengking yang besar. selepas sedar dari mimpi, beliau mula insaf.

cerita ke-3 berlaku pada bulan syawal. kisah tentang seorang pengikut black metal yang membelakangkan agama. beliau mati di dalam keadaan dirinya telah jauh dari islam. namun punca beliau jadi sebegitu adalah disebabkan oleh ibu bapanya sendiri yang tidak membenarkan beliau sembahyang ketika beliau masih kecil. pelbagai kesulitan dialami ketika menguruskan jenazah beliau seperti ensober van jenazah patah, hujan ribut dan liang lahad yang dipenuhi air.

secara keseluruhan, filem ini berjaya menyampaikan niat pengarah yang ikhlas iaitu untuk menyedarkan umat. aspek lain di dalam filem ini tidak penting melainkan content yang sangat bernilai dan matang.

#aku tersenyum sendiri teringatkan audien yang duduk belakang aku. masa filem ni baru start, terdengar suara sinis dari mereka, "filem ni malap la"..tapi bila dah di pertengahan filem, mereka terus senyap dan tak terkata apa lagi.. =)


aku masih di takuk lama..

realiti sebenar tentang aku..

1. suka buat sumthing sekerat jalan..
2. idea ada tapi malas..
3. lembab..
4. banyak main dari kerja..
5. buat kerja last minit..
6. ada kepandaian tentang sesuatu perkara tapi tak nak gunakan..
7. susah nak fokus kalau buat kerja..

kalau lah aku dapat buang semua tabiat dan perilaku macam senarai di atas...agak-agak sekarang ni macam mana rupa hidup aku?

Sunday, January 25, 2009

5 PSC 1...


gambar masa gathering 5 PSC 1 pada 2003. sekarang da 2009. dah 6 tahun berlalu. masing-masing dah ada haluan sendiri.tapi yang aku tau, separuhnya yang ada dalam gambar ni still study lg termasuk aku.

pagi tadi, sedang asyik aku mengelamun sambil menunggu bus SE Super yang tak reti nak sampai awal, tiba-tiba aku di datangi oleh sebuah panggilan misteri. definisi misteri di dalam konteks aku pada ketika itu adalah call dari no yang tiada dalam simpanan aku. aku pun memberanikan diri untuk mengangkat panggilan tersebut. ayat yang pertama kedengaran adalah 'kau sombong eh, buat-buat tak nampak aku'..aku bingung jap..aku toleh kiri kanan..nun di hujung kaunter kelihatan seseorang yang menyerupai classmate aku 5 PSC 1..zila...zila ke tu? memang zila pun..huhu..

lama aku tak jumpa dia..dia pun study kt uitm juga. aku tahu pasal tu cuma aku belum diberi peluang untuk berjumpa. zila still macam dulu lagi. tak berubah sangat cuma bergaya sikit kot. yela..da dewasa.hehe..yang paling penting, dia still ingat aku. baguslah..tak lupa kawan even da berapa tahun tak jumpa. kami berborak sebentar. topik perbualan aku dan dia berkisar tentang rakan-rakan seperjuangan dan study.

tak lama lepas tu, bas aku pun sampai..perbualan kami mati kat situ..ntah bila dapat jumpa lagi even kami study kat tempat yang sama..huhu..

#zila berada di posisi kanan belakang..


balik kampung..


esok pagi..seawal jam 7pg, aku akan bergerak meninggalkan puncak. waktu bergerak bus aku ke batu pahat yang tertera di tiket adalah 10.30pg. harap-harap tak ada apa-apa yang mengganggu perjalanan aku.


#ntah pape aku melalut nih??huhu


Tuesday, January 20, 2009

bengkel sinematografi...




apa macam?berminat?

last minute production

huhu..aku pun tak tau kenapa idea aku selalu hadir pada waktu-waktu terakhir.

bukannya aku tak pernah cuba untuk membuat kerja awal tapi bila sahaja aku mengorak langkah untuk memulakan dan melakukan kerja tersebut, aku jadi blur. huhu..kenapa ek?? persoalan yang sukar untuk dijawab oleh sesiapa sahaja kerana jawapannya hanya ada pada yang empunya tubuh sendiri. mungkin juga sebab penyakit 'M' yang biasa menyerang dan menular mentaliti student-student kat malaysia ni. mungkin juga andaian tu betul tapi penyakit 'M' aku tak la kronik sangat sebab aku still lagi tak penah ponteng kelas. aku pun jarang tidur di siang hari. mungkin aku perlukan sesuatu sebagai 'tonik' tenaga aku. tapi kat mana agaknya aku nak dapatkan 'tonik' tu?

aku perlukan 'tonik' tu untuk menyedarkan dan menyembuhkan aku dari serangan penyakit 'M' ni. aku tak nak 'tonik' yang memudaratkan aku.

Monday, January 19, 2009

terSEPI


waaarghhh...da berapa lama aku tak membebel kt sini..dalam tempoh waktu yang panjang ni.. macam-macam hal berlaku. semuanya melibatkan tingkah laku dan perangai manusia yang bermacam ragam.

yaa..manusia memang dilahirkan dengan bermacam ragam. yang dapat menikmati dan merasai ragam-ragam manusia ini adalah orang-orang sekelilingnya. jika manusia itu berperilaku baik, maka orang-orang sekeliling akan berkata tentang kebaikkan beliau. puji yang menggunung akan diterima beliau.(di mana puji yang berlebihan akan mengakibatkan bendalir kepoyoan akan mengalir dengan deras ke seluruh pelusuk tubuh mangsa yang dipuji jika beliau gagal mengawal aliran deras tersebut). jadinya, kena la bersederhana. dan bagi manusia yang berperilaku jahanam, maka macam haram la gelaran yang paling sesuai akan diberikan oleh orang-orang sekelililngnya.

tapi, kebiasaannya orang yang macam haram ni punya kelebihan-kelebihan tertentu yang boleh menjadikan orang-orang sekeliling tertarik dan berminat untuk berjuang bersama-sama beliau. manusia sebegini akan sentiasa mengatakan diri mereka hebat dalam pelbagai pelusuk dan cabang. persoalannya, perlukah kita menjadikan diri kita seolah-olah begitu hebat sedangkan kualiti dan kuantiti kita tidak setingga mana? dan perlukah kita merendah-rendahkan orang lain?tidakkah beliau sedar bahawa ada orang akan tersinggung dengan kata-kata beliau? ganjaran apa yang beliau dapat sekiranya melakukan perkara-perkara begitu?adakah mata real reward beliau akan bertambah?ataupun maxis dan celcom akan memberi kredit percuma?hurm.. aku pun tak faham kenapa manusia sebegini wujud kat dunia ni. di mana jati diri mereka? di mana sikap toleransi dan rasa hormat mereka?

betul la apa kata che det.. "melayu mudah lupa".. melayu da mula hilang jati diri. melayu da dijajah secara halus. tetapi orang melayu seolah-olah berbangga di atas penjajahan tersebut dan terima dengan hati yang terbuka. melayu semakin hanyut.

Orang melayu akan melenting apabila 'lemah' melayu dibicarakan. sedangkan itu adalah realiti sebenar. aku pun melayu. aku adalah dikalangan melayu yang lemah. tapi aku berusaha untuk memantapkan kemelayuan aku. insyaAllah. aku pun bukan baik mana. banyak sangat kelemehan aku.

Saturday, November 8, 2008

DEFINISI PRO...

*PENDAPAT AKU TENTANG 'PRO' YG DI TANYA OLEH BOS 'HOUSE OF IDEOLOGY'

PRO atau profesional adlh istilah yg digunakan utk menilai thap kepakaran, kepandaian dan jg kekuatan sseorang. biasenya.si tubuh badan akn mnggelarkan dirinya sbg PRO apabila die mrasakn drnya sdh mencpai thp yg hbat atau mungkin jg krn thap kperasanan dan xsdar diri yg begitu menggunung mengalir d dlm tbuh.

ada juga PRO itu diglarkan oleh org sekelilingn yg mengiktiraf khebatan dan jg kepakaran beliau walaupun yg empunya badan tidak gemar akn gelaran itu.

yg mane 1 lg bermakna?menggelar atau digelar?

persoalan ini terlalu subjektif utk diperkatakan. ada negatif dan positif. ade PRO dan kontranya.

setiap seorang pasti ade kePROannya diats sesuatu prkr.cnthnya di bidang pngangkutan ade PROton. di dlm institusi kkeluargaan pula ade 'PROboh rumah tangga orang'. manakala di dunia popular ade plakon hebat seperti PROsyam Nor & PROsnah mat aris.

terlalu byk cnth dan pendapat jika isu ini dibncgkn. kesimpulannya "woi admin house, ko jgn ngada2la tnye soalan cmni. pning aku nk jwb!!

Thursday, November 6, 2008

sepii

lame betul aku menyepikan diri..ntahla.. aku sebenarnya malas.. tu yang jdk sepi tu..huhu... dengan bebanan kerja lagi..adeh..tp ape sangat la 'bebanan kerja' yg aku terima tu?phew....aku sendiri pun tak paham..haha...


Saturday, October 25, 2008

hari skrin FACT..


akhirnya mata kucing tewas di tangan juri Hari Skrin 08, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik.. sedeh, kecewa semua ada..tapi nak buat macam mana..dah takde rezeki.. pd semua crew-crew mata kucing..anda da buat yang terbaik..next time kita cuba lagi..orait..

tahniah kepada semua crew untuk MCP(Multi Camera Production) untuk hari skrin kerana bertungkus lumus melaksanakan tanggungjawab dari seawal pukul 10 pagi hinggal 11 malam.. aku senang bekerja dengan korang semua. happy n tak tension..hehe...

tahniah kat 'dinding' yang menang...pasal kemenangan korang...no komen..

Saturday, October 18, 2008

biarkan 'todaxx' dengan bayang-bayangnya...

kenapa bayang-bayang ni asyik mengekori aku..kenapa?Kenapa?...asyik nak ikut..nak tau apa aku buat ke??cuba nak faham aku ke bayang-bayang ni??tapi masih tak memahami aku jugak..dia nak apa sebenarnya dengan aku?aku pun tak faham dengan tujuan sebenarnya dia..tapi aku yang naik tension seperti Pak Lah yang di tekan habis-habisan di suruh letak jawatan..tapi kalau aku takde bayang-bayang, nampak aku ni macam tak hidup pulak..hurmm...

Tuesday, October 14, 2008

mata kucing



(crew mata kucing)

thanx utk semua-semua crew yang terlibat secara langsung dan tak langsung(macam aku director pulak,haha)..thank byk2 kpd saudara faliq dan shamsul fariz kerana sudi bersusah payah bersama-sama kami di medan perang..special thank jgk kt saudara Hishamuddin Ahmad yg sedia memberi pendapat dan pertolongan kepada kami..ini short film kedua yg di arahkan oleh ezam miswan(ko ingt ko hebat ke?) selepas film pertama iaitu hang kebun in town..aku xnk ckp byk psl aku cuma balaci dlm produksi ni..huhu..tp percaya atau tidak, kalo aku takde..filem ni xkn wujud di muka bumi ni..hahaha...

(poster hang kebun in town)

Thursday, October 9, 2008

aku budak baru belajar...

woi sekalian rakan aku..haha.. aku da de blog sendiri.. akhirnye aku ade blog sndri setelah sekian lame aku asik menelaah blog org len..ni permulaan bagi aku utk mengasah bakat melalut dan mengarut aku.. haha..(sedangkan mmg aku da di lebel oleh mmber2 aku sebagai org yg suke melalut dan mengarut..huhu)..so.. aku akn cube sentiasa membebel kt blog aku ni sendri..meluahkan apa-apa rasa tak puas hati aku, rasa gembira aku dan rasa senang aku kt cni..pape pun..harap takde sape yang kecik hati dengan coretan-coretan aku...kalo ade... aku dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf di atas kata-kata nista yang telah menusuk segala jantung dan hati para pembaca yang rasa dirinya di keji, di hina oleh ayat-ayat aku...aku tak tau da nk tulis apa..haha..tension... kepada semua SELAMAT HARI RAYA(bunyi cam iklan TESCO yang epul direct. aku jdk ekstra sbg pekerja TESCO)..haha.. chow....